Cerita 1..

"Bik, diorg dlm 15 org. semua akan tidur di rumah kita insyaAllah. Bik siapkan lah bilik atas tu.. hidangkan diorg apa² yg ada kat rumah tu ye. siapkn juga bantal² dan selimut. insyaAllah diorg ok je tu..ok ye Bik, saya ade meeting mlm ni, x dpt temankan diorg. Tq ye Bik..assalamualaikum.. jumpa mlm nnt..".. Plap! makcik Sarah mematikan hp nye. mungkin sudah selesai memberi segala arahan kpd orang gajinya. lantas dia kembali berbual dgn ku..

"ok alia, nnt terus je pergi ke rumah makcik ye. pakcik dah tunggu di rumah. maaf x dapat menemankan antunna. tp nnt anak lelaki makcik tunjukkan jln" kata makcik sarah lagi..

"oh, xpe makcik. kami paham sgt². maaf kami menyusahkan makcik skeluarga.." kata ku merendah.. mmg sgt² rasa bersalah menyusahkan makcik sarah sekeluarga.

"X susah pon. malah, kami sgt berbesar hati antunna dtg melawat".. "Man! sini²!" Makcik sarah sedikit terjerit memanggil anaknya yg kebetulan lalu di pintu utama itu..

"Nnt tunjukkan jln kepada pemandu rombongan ni ye! mak dah cakap kat ayah, yang diorg nk datang. so nnt man tolong lah apa² yg patut ye. mak ade meeting smpai mlm" sambung Makcik sarah lagi..

'erk, tadi tu die cakap kat suami die rupanye.. bukan "Bik", tp "Bi".. ngaaaa'.. nasib baik xde siapa yg boleh baca fikiran ku..huhu...

***

Setibanya di rumah, kami disambut oleh pakcik Hasan.. kami dihidangkan dgn buah-buahan, tempe, ubi kayu goreng dan minuman panas sementara menunggu Bakso yg dibelikan oleh anaknya..

Sesi sharing pon bermula.. sambil minum², pakcik hasan galak bercerita. nyata, yg bercakap itu,bukannya calang² daie.. tp daie yg dah mengharungi byk suka duka. daie yg tinggi kebergantungannya kpd Sang Pencipta.. daie yg telah berhadapan dgn masyarakat yg lebih luas dan tajam perli² an nya.. daie yg dulu, pernah berjalan berjam² utk memberi usrah di ceruk kampung sana. yg perjalanannya berbekalkn ubi kayu shj.. kagum aku mendengarnya..tadhiyyah pakcik Hasan dan rakan² membuatkan aku bergenang.. sungguh jauh beza amal mereka dgn diriku yg masih bertatih ini..

Cerita di medan ijazah pula, membuatkan aku ternganga..Pakcik hasan dan makcik sarah bukanlah daie yg biasa².. mereka pernah melanjutkan pelajaran di mesir, walaupon sebelumnya tidak pernah tahu berbahasa arab.. menyambung pelajaran disana semasa anak nya dua.. pernah disatu ketika, mereka berdua demam di hari sebelum exam. lantas, hanya menulis nama dan mungkin menjawab satu dua soalan. tapi alhamdulillah akhirnya mereka tamat pengajian dan berjaya memfikrahkan guru² mereka!! mereka yg mula² berguru, akhirnya menjadi guru pula.. subhanallah.. begitu tinggi tawakkal mereka..

cerita Pakcik Hasan di rumah, lebih membuat aku teruja.. melayari bahtera rumahtangga daie bukan sesautu yg mudah. setiap pasangan mesti faham beban tugas pasangannya.. Bagi pakcik hasan, kerja² dirumah tidak perlu dibahagi² jadualnya. Siapa yang free, buat sahaja tanpa perlu mengharapkan pasangannya.. anggapkan sahaja semua itu amalan soleh yg besar ganjarannya.. makin byk kerja, makin byk pahala.. kagum! susah nk jumpa lelaki begitu hari ini.. Ketika Makcik sarah sibuk di persatuan, pakcik Hasan lah yg menguruskan rumahtangga, hingga dimarahi ibunya sdr.. tetapi pakcik hassan senyum sahaja.. Dia sgt memahami tugas isterinya..

Bila ditanya, apa yg membuatkan Pakcik hassan senang berkorban begitu.. (oh, terima kasih kpd ukhti yg bertanya!) Dia lantas tersenyum.. "anak², siapa kata pakcik berkorban? berkorban itukan melakukan perkara yg amat payah dan tidak disukai? pakcik pula, melakukan perkara² yg pakcik suka.. mana boleh dikatakan itu pengorbanan.." Zap! satu pernyataan yg dalam maksudnya.. tp cukup benar... Allah.. besarnya hati Pakcik dihadapan ku ini.. hampir sahaja air mata ku mengalir mendengarkn ucapannya..

Bakso yg dah lama terhidang seperti tidak berusik.. rata² peserta rombongan khusyuk mendengar sharing pakcik Hassan..

Troot.. Troot.. Hp Pakcik Hassan berbunyi.. "waalaikumsalam... belum² masih bersharing.. oh, ok² baik.. assalamualaikum" kedengaran Pakcik hassan menjawab telefon. "ok semua, Makcik sarah yg telefon.. die suruh antunna tidur.. esok ada sesi sharing dgn makcik sarah pula. maaf mengambil masa antunna yg keletihan..tapi makan la Bakso tu dulu.. harap sesuai dgn selera antunna.." 'oh makcik sarah rupanye.. hehe.. mesti die risau kami tidur lewat'.. detik ku..

selepas mengucapkan salam.. pakcik hassan meminta diri.. malam itu Allah mengajarku erti Tadhiyyah sebenar.. TQ Allah.. =)

***

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat ditarbiyyah dlm sebaik² madrasah tarbiyyah!

p/s: nama watak of course bukan nama sebenar. Peristiwa²nya benar cuma ayat² nya ditukar mengikut kesesuaian.. cerita pula bukan merupakan pengalaman penulis sahaja.. juga perkongsian dr beberapa ukhti..

semoga bermanfaat!

Yu_aY^^

5 comments:

sKiRafaRgEek said...

salam..
wah..sgt bermanfaat dan menarik..sambungla lg...=)

ansar said...

cemburu menguasai diri. seronoknya seronoknya sharing gitu..!

Mujaheedah said...

wah! macam terasa suasana itu

-negara Jiran-

perempuan berkalung sorban said...

baru terbaca..terasa suasana itu juga..rindu2 ^_^

-negara jiran juga-

Anonymous said...

best!